Tuesday, 25 June 2013

Cute Cupcake



♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

ColourfuL

















♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

Tolong Ingatkan Aku








♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

Monday, 24 June 2013

Sumbangan & Dana Ikhlas

Kepada sape-sape yang nak tambah amalan akhirat boleh la hubungi nombor tertera..sama-sama la kite berbuat amal..^_^ 



♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

Ego oh Ego

Memang susah kan berdepan dengan manusia yang ego dan keras kepala nie..jadi bagaimana anda menangani orang-orang camni..? tak kan la kite nak ikot same sikap x elok tue kan..huuu..jadi muhasabah la diri sendiri sebelum orang keliling menyampah dengan sikap anda tue..hihuhihu..renung-renungkan la..^_^ xoxo




Ego jadikan umat keras hati, kasar, sukar mengalah

EGO atau sombong adalah sifat mazmumah (keji dan tercela) yang wajib ditinggalkan. Ia
bermaksud tidak mahu menerima kebenaran, menganggap diri lebih tinggi dan mulia daripada
orang lain. Jika ditanya adakah kita tergolong dalam golongan orang yang ego atau sombong,
tentu ramai mengatakan tidak.

Sebenarnya kita perlu menilai diri dan menjawab sejujur-jujurnya, sejauh manakah keegoan atau
kesombongan dalam hati selama ini. Pernahkah kita mengatakan orang lain sombong?
Kadangkala perkelahian dan perselisihan pendapat menyebabkan kita tidak bertegur sapa untuk
beberapa hari. Dalam hal ini, adakah kita mulakan salam kepadanya atau menunggu dia
memulakan dulu?

Jika kita enggan menegur dulu, bermakna kita sombong dan ego. Orang yang merendah diri
akan berbaik semula dengan temannya, tanpa menghiraukan maruahnya tercemar atau
menampakkan dia yang bersalah.
Sebenarnya orang yang mengatakan orang lain itu sombong atau ego menunjukkan dirinya yang
ego. Bukankah Islam menuntut umatnya saling bertegur sapa dan mengeratkan hubungan
silaturahim.

Orang yang ego selalu mengiyakan pendapat atau pandangan orang lain apabila berhadapan
dengan orang ramai. Di belakang mereka, dia akan mencaci dan menganggap pendapat itu tidak
bernas, malah merendahkan personaliti orang berkenaan. Orang sombong juga enggan
mengalah walaupun dia bersalah. Dia sanggup bertegang urat asalkan dia menang.

Mereka yang sebegini akan berasa puas apabila melihat orang lain diam dan hanya mengiyakan
kata-katanya. Dia langsung tidak menghiraukan larangan Allah dalam firman-Nya yang
bermaksud: “Dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantahbantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan
sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang
yang sabar.” (Surah al-Anfal, ayat 46)

Antara sifat sombong atau ego ialah tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya.
Bagaimanapun, apabila dia melakukan kesalahan tidak pula berasa kesal di atas perkara yang
berlaku.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan
berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan
kafir yang mendustamu itu wahai Muhammad) serta layan mereka dengan cara yang elok.”
(Surah al-Hijr, ayat 85)

Oleh Mohd Shukri Hanapi


♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

Love Love Love

Salam semua..hari nie xtau nak post pe..kite letak wallpaper yang cute jela yer..^_^













♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥

Avilion Admiral Cove Negeri Sembilan

Hari nie nak citer sket pengalam kite g bercuti..x jauh pon..dalam malaysia je..cintai la negara kite..chewah..(alasan..xmampu sebenarnye) ha...nak muntah ler tuh..hihi..tapi nak citer sket hotel avilion nie memang best tau..tempatnya cantik, menarik dan sungguh tenang..rasa x nak balik la pulok..tapi kena la kawen ngan tokeh hotel nie..mihihi...tapi memang kite suggest la sape-sape nak berbulan madu ke..sila la datang ke sini..pfftt..sila la jamu mata dengan gambar-gambar di bawah...^_^ xoxo
.
.
.
.

Pintu Masuk

Lobi Hotel..<leh tido2 sementara tunggu kunci bilik..mihihi...>

Bilik <abaikan yg sepah2 tu>
Nie gmbr katil kecik sblm dicantumkan ngn katil di atas
.
.


Toilet
.
.











♥::.Time Kasih Sudi Meluangkan Masa Anda di Sini ^_^.::♥